Thursday, October 14, 2010

Pilih kawan

Orang selalu kata, kalau kawan ngan pencuri, jadi pencuri, kawan ngan ustaz jadi org alim, aku nak tambah sikit.. kawin ngan doktor, masuk radio!!! hahaha.. hari ni dalam sejarah masuk dalam konti Radio kelantan, selalu kalau dengar Dr. Azman Ching masuk dalam radio, aku mesti teruja pasal org yang aku kenal masuk radio.. tapi hari ini... hins hins hins.. (bunyi nafas hidung kembang) walaupun suara aku tak masuk langsung la..

seperti biasa bile aku meneman wife aku buat program ape2 pon mesti orang akan suspek aku ni doktor gak.. x terkecuali la kali ni.. siap promote nak iklankan program motivasi aku lagik.. hehe.. agaknye aku boleh belajar dari situasi ni untuk aku sebarkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah inferiority complex bile org kaitkan suami ni dengan pekerjaan isteri yang jauh lebih tinggi tarafnya.. macamana nak coping contohnye...

Tapi cerita pasal tu lain kali la.. nak bergembira dulu.. untill next time.. daaa!!!

Tuesday, October 12, 2010

Tahniah!!

Tahniah kepada diri saya sendiri dan jugak untuk wife tercinta, Azizah Bt. Othman kerana berjaya menamatkan course 3 hari kepada guru2 Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kelantan. Ini adalah 3 hari penuh ujipandu kerjaya impian saya sebagai trainer.. seperti yang dijangkakan, saya belajar lebih banyak daripada course ini daripada peserta... ?(hahaha.. mendalam nih)..

Dan hari ini saya bernekad untuk menggunakan dengan segera pengajaran yang saya dapati dengan cara membuat modul NLP untuk course 2 hari penuh.. chayok!!