Hari ni nak cakap melayu je.. penat pasal baru balik kayuh basikal sejauh kira-kira 40 km di kuang sempena Selangor Challenge MTB Jamboree.. x larat nak cari ayat canggih - canggih (heh!) Kali kedua join jamboree, kali pertama jumpe trek se"adventure" ini, 2 kali putus rantai, sekali bocor, 2 kali kejang, berkali kali putus asa, bile menyesal je - jarak nak patah balik sama jauh dengan jarak nak abiskan kayuhan. walaupun rasenye dia tak bace blog ni, tapi saye nak berterima kasih kepada atok (pangkat dalam family, orang jawa mmg pentingkan susur galur ni. tapi mude je lagi) saye Abdul Qayyum Bin Hassan kerana sudi menghabiskan perlumbaan di tempat pertama dari belakang kerana membantu saya membaiki basikal. (repair basikal je dah ambik mase lebih kurang 15 minit, kali aje la dengan 3) Dan jugak memberi semangat untuk menghabiskan kayuhan.
Cabaran? bile dah banyak kali rosak, bak kate orang memude, mental pon dah pecah.. bile x de orang nak di jadikan pengukur, nak tengok had sebenar yang orang sebenarnya mampu lakukan.. mmg perjalanan terase makin mencabar (bahase mudahnye, bile kite tgk orang boleh, kite pon tercabar jugak, nak cube jugak kayuh). tapi akhirnya, tinggal kitorang berdua je, sweeper sibuk suh naik lori.. tapi mane boleh.. air muke kene jage.. (kalau ruzairi bace: bior kaki sakit krem banyak kali jangan sampai hati sakit kene kutuk ngan ko.. hehehe)
masa mula kayuh, mmg dah agak kedepan. sampai km10 - rantai putus. sebelum putus tu dok kate dalam hati :"musuh sebenar ialah diri sendiri, mesti kalahkan diri sendiri (yang nak berputus asa tu lah). so, kayuh la bagai nak gile, siap buat latihan mindfulness lagi (yang ni kite cerite lain kali) tapi bile dah macam2 jadi, cuaca pon dah panas.. lain pulak jadinye. hehehe..
Secara keseluruhannye, kayuhan kali ni memang berbaloi, bukan hadiahnya tapi pengalamannya. pemenang tempat pertama sampai dalam masa tak sampai satu jam (purata orang sampai dalam masa 2 jam). tapi tak la mencabar untuk dia, pasal mmg dah dia terer.. tapi untuk kitorang berdua perghhh...
Jadinya, pada jamboree yang mendatang, benih azam sudah ditanam, bior tumbuh dan bercambah. Latihan demi latihan dah di rencana, semoga dapat mencapai kedudukan 10% teratas.. aminn