Ramai yang dah nampak gambar saya masuk radio Malaysia kelantan, ramai yang bertanya dan tertanya2.. apa kezadahnya (haeam zadah ialah bahasa urdhu.. haram jadah tak tau la mane usal usulnya)yang dibuat oleh budak didi ni masuk dalam konti, ade yang ingat saya dah tuka keje, ade yang ingat saya seorang tokoh MLM yang berjaya (HAHAHA!!), secara langsung atau tidak, cepat @ lambat, berita mengenai saya menjalankan training telah tersebar luas.. ada yang dah offer untuk buat training (bos aku je pon.. hehe).. sudahkah saya bersedia untuk ke peringkat seterusnya? jeng jeng jeng.......
Buruk @ baik, baik @ buruk perkara ini belum tahu lagi, apa2 pun perubahan dah mula terasa pada diri sendiri.. menjadi lebih bijak mengawal emosi dan yang penting, persepsi.. ada yang menjuih bibir.. heh! ye la tu! hakikatnya kalau orang kata sekarang saya ni teruk.. diorang tak jumpa saya 5 tahun lepas.. hahaha.. ingat sendiri2, sendiri mau ingat.. badan sendiri, sendiri yang tahu.. bagi saya sekarang apa yang penting bukan sahaja persepsi sendiri, tetapi persepsi orang lain dan bagaimana mengawalnya... pengawalnya ialah pemimpin terbilang.. pemimpin paling terbilang, Nabi Muhammad S.A.W...
Salah satu teknik dalam NLP ialah mengenali konteks, dan modelling.. tak salah rasanya untuk gunakannya bagi mengenali Rasulullah S.A.W.. jadi ini adalah matlamat terbaru dalam program saya yang akan datang.. NLP + CBT + Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. semoga saya akan berjumpa dengan guru yang terbaik.. insyaAllah..
Semoga di beri kejayaan oleh Yang Maha Kuasa kerana hanya Dia yang berkuasa
ReplyDeleteSemoga terus diberi buah fikiran dan kreativiti dari Allah yang Maha Bijaksana - juga ditetapkan niat untuk menyumbang kepada masyarakat.
ReplyDelete