Monday, August 22, 2011

DODOLicious





Setelah 20 tahun mengidam nak buat dodol sendiri (20 tahun permintaan kene reject beb!) akhirnya berjaya jugak aku mencapai impian.. hehehe.. setelah diperkenan oleh mak selaku jurutera projek dan adik aku topek yang gagah perkasa sebagai sekutunya, akhirnya projek ini dimulakan. Arkitek resepi diterajui oleh nenek Meni yang telah berjaya mengekalkan keaslian adunan dodol gula hangus ni (rupenye ade beberape jenis lagi dodol ni, ade yg. original (lame gile nak masak katenye), dodol kerisik, durian dan yang sewaktu dengannya).

Pepagi lagi lepas hantar isteri tercinta ke airport LCCT, aku terus bergegas mendapatkan bahan - bahan mengikut preskripsi yang diberi oleh nenek Meni.

1. Santan - 8 KG @ bersamaan 24 biji kelapa.

2. Gula - 8 KG (boleh ikut citarasa sendiri)

3. Tepung pulut- 3@4 KG (Projek ni guna 3 KG je)

Untuk memastikan kelancaran projek ini, radas ini mestilah disediakan terlebih dahulu.

1. Dapur gas

2. Tong gas - yang ade isi sekurang - kurangnye separuh.

3. Tungku

4. Kuali - (Wajan, kalau tak paham bahase Melayu)

5. Dayung

6. 2-lebih tukang kacau dodol yang gagah perkasa. (kalau kacak macam dalam gambar ni, satu kelebihan hehehe)

langkah seterusnya ialah dengan memanaskan 8 kilo gula tadi sehingga cair kemereh - merahan. kacau sekali sekala supaya tidak rentung. sampai la warnanya mencapai piawai (tak terlalu gelap) lepas tu masukkan 8 kilo santan dan 3 ketul gula nibung @ 5 ketul gula melaka sebagai perisa. kacau terus jangan ngengada nak berenti - sehingga menggelegak keseluruhannya. bile dah menggelegak dan gula dah hancur habis, masukkan bancuhan tepung pulut tadi (pastikan bertapis dan tiada ketulan. lepas tu kacau la sampai tak lalu sekurang - kurangnya 3.5 jam iaitu bersamaan bila dodol ni putus bila diangkat. masa terbaik ialah 4 jam. walaubagaimanapun, kalau dah penat, lepas 2 jam bolehla dimatikan apinye dan disambung bila dah tak penat (jangan lebih sehari la) itu la die kisahnya.

modal? tak sampai la RM 100 untuk menghasilkan kira - kira 15 KG dodol ni yang bernilai (RM 20 x 15 KG )=300.00. So siape yang berhajat nak meniaga dodol boleh la cube try test dulu. nak buat sekati dulu pon boleh kalau kuali kecik je, nisbahkan aje la ye..

sekian, renung - renungkan dan selamat beramal!




3 comments:

  1. Arwah emak cerita, waktu dulu-dulu, ada orang yang waktu kacau dodol (orang Melaka cakap kelamai), sampai tak puasa, sebab penat sangat agaknya.

    ReplyDelete
  2. Betul... betul.. Ingat masa dulu tengok atuk kacau dodol kat 'darat' dengan anak-anaknya... Hampir semua tak puasa - 'darurat tekak'.

    ReplyDelete
  3. ni pon dah hampir2 dah kak ngah.. hehehe

    ReplyDelete