Wednesday, August 24, 2011

langswir...

kepada para suri rumah yang dah belaja menjahit langsir, edisi dibawakan khas untuk anda terutamanya yang ade lelaki pemaleh @ tak reti nak pasang rod langsir. Ikuti panduan bergambar di bawah..

1. Pastikan rumah anda mempunyai tingkap





2. Tugasan kali ini memerlukan sekaki tangga (betul ke penjodoh bilangan nih?) tukul, drill + mata untuk mengorek batu, extension wire, pembaris @ yang sewaktu dengannya.




3. Ukur dan tandakan tempat yang nak ditebut. Yang ni kene hati- hati dan gunakan sedikit imaginasi. Buat satu garisan penanda aras. boleh gunakan jarak dari aras lintol @ paras bawah baru bunga, atau apa2 sahaja yang didapati mempunyai tinggi yang sama pada semua tingkap. Lepas tu bayangkan dimana sepatutnya skru itu patut berada. pastu, ukur dan tanda.



4. Seterusnya, tebuk dengan berhati - hati, pastikan drill berada di tengah - tengah paksi x,y dan z. pastikan tempat yang nak ditebuk bukan laluan wayar elektrik atau paip air atau bersedialah untuk menerima akibatnya! hohoho...




5. Seterusnya masukkan wall plug (biasanya datang sekali dengan rod. kalau x de boleh la dapatkan di hardware tempat anda beli rod ini (biasanya beli rod kat hardware lagi murah dari kat kedai, lagi - lagi kalau dah biase beli ngan die. cume pilihan je yg tak banyak./x ade. yang ni berharga RM 6 sekaki)



6. Pastu boleh la skrukan pemegang rod itu ke dinding. Buat la untuk semua pemegang yang ada dalam set tu.





7. Dah pon shiap, boleh la bergaya di hari raya ini.. kalau x de langsir baru nak pasang pon dah nampak bergaya.. heheh..

Selamat Mencuba!




2 comments: